Jun 30 2010
By
admin | Filled under:
dll,
isu semasa,
rojaks

b4 start game spain ngn portugal, aku saja2 la surf cari pasal tidur ni.biasanya time cmni aku rajin chat ngn kaman tnya dia pasal kesihatan.tp hari ni dia offline plak. dalam byk2 artikel yg aku baca, ada satu yg aku rasa menarik dan rasa seswai utk dikongsi dalam blog ni.
LONDON: Penyelidik berkata, seseorang yang tidur kurang enam jam setiap malam 12 peratus lebih berpotensi besar mati lebih awal.
Bagaimanapun, dalam kajian sama, mereka juga menemui kaitan tempoh tidur lebih sembilan jam sehari dengan kadar kematian awal.
Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.
“Kami berpendapat kekurangan tidur dan penyakit mempunyai kaitan kerana mekanisme hormon dan metabolisme,” katanya dalam laporan disiarkan jurnal Sleep.
Kajian dilakukan di Naples, Itali, membabitkan penyelidikan selama berdekad-dekad di seluruh dunia membabitkan 1.3 juta orang.
Kata Cappuccio, pihaknya yakin tempoh tidur seseorang membabitkan isu kesihatan awam dan perlu dianggap sebagai risiko oleh doktor. - AFP
artikel tu aku copy paste dari sini
lain2 kesan yang aku jumpa ley baca kat bawah ni
Mudah marah kerana emosi akan menjadi sukar untuk dikawal
Mudah naik berat badan (tipu….aku xnaik pn)
Kurang tumpuan dan lambat bertindak balas terutama sewaktu sedang bekerja
Mudah sakit kepala
Mudah rasa penat
tiba² rasa cm mengantuk dah ni =)