yesterdayrising

design no limit

RSS
people

elak unsur seks, hasutan

aku lalu dlm blog missdee,then terbaca satu artikel menarik ni.jadi aku copy+paste kat cni.meh kite bace..

Dipetik dari: Berita Harian 17 Jun 2009
Larangan layari 39 laman web di pejabat
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
bhnews@bharian.com.my

Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.

Perdana Menteri berkata, kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.

Ia termasuk menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.

Selain itu memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang adalah gangguan juga disenaraikan.

“Aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet,” katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Kok mahu mengetahui sama ada kakitangan kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web kerajaan di pejabat.

Najib berkata, aktiviti lain yang dilarang ialah menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.

“Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

“Melakukan aktiviti jenayah, menyebarkan kod perosak yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain, memuat naik, turun dan menyimpan kad elektronik, video dan fail bersaiz 10 Megabait yang boleh menyebabkan kelembapan perkhidmatan dan operasi komputer,” katanya.

Najib berkata, pekeliling mengenai perkara itu boleh dicapai di laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di http:// www.mampu.gov.my. Laman web dan blog berunsur hasutan termasuk fitnah ialah www.shilesjack.com disekat.

“Ada beberapa laman web dan blog yang dalam siasatan polis tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari. Sehingga kini sembilan suspek diambil tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan seorang oleh polis,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan bertulis dikemukakan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Perdana Menteri berkata, Bank Negara Malasia (Bank Negara) sentiasa memantau pematuhan terhadap garis panduan yang dikeluarkan ke atas pengeluar kad kredit dari semasa ke semasa.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, jika ada ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, Bank Negara berhak mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit mengikut akta Sistem Pembayaran 2003.

ape pendapat korang?aku no komen coz internet is mylife,xkey wat keje woo klau xde tenet ni.

tenet

No Comments | Tags: , , , ,

Tag cik lanabusybee..

1. Kekasih saya adalah : ekeke..ahahaha.nanti la aku btaw..

2. Saya sedang mendengar : Keith Caputo - In December

3. Mungkin saya patut: Lebih fokus siapkan website sekolah ni sebelum saya mengantuk..haih..nantoknye..

4. Saya baru sudah : check bateri flash.sok nak snap gambau..

5. Beza rakan, sahabat, kawan : beza dari segi ejaan,sukukata dan susunan konsonan..[betul la tu.]

6. Saya tidak faham : kenapa ie keep prompt me error line 179..wtf!! xsuke la ie neyh..

7. Saya perlu mencari: duit!!!..

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : blasah kang..ustazah slalu blasah aku.haih.

9. Makna kehidupan : kehidupan adalah seperti kebebasan berdesign di dlm photoshop..

10. Cinta itu adalah: cinta adalah kemanisan yg xdapat dirasai di mana mana even dlm manisan ke,kueh ke,ayaq nyior ke..

11. Saya paling suka : tidur..

12. Saya akan cuba : menyiapkan sume assignment saye serta dateline2 yg melambak2 nih.aduhai..

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : sbb sume sygkan paklah..

14. Telefon bimbit saya : nokia yg ley btaw waktu kite bile tekan *

15. Katil saya : king size

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : bila nk kawen, xyah nk tanya, tgu ja kad jemputan nnt keyh hehehe [ni ayat rubi..aku setuju ngn dia]

17. Teknologi adalah : sesuatu ciptaan yg kdg2 menyusahkan org..

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : aku blajaq kat sham mugen masa keja kilang dlu.lama xjumpa dia dah..

19. Semalam : saya kt umah.tido

20. Hari ini : saya berjaya siapkan web skool 70%..thanks to onebytes sbb da release domain tu.

21. Malam ini saya akan : study snap utk pose2 outdoor sok.xretinye..

22. Esok pula saya akan : p skola.haih..malasnyer

23. Saya betul2 inginkan : menjadi seorang pendidik /creative designer/bukak design consultant huhuhuhu

24. Badminton atau futsal : Futsal..aku minat men tenis lagi.

25. Karaoke : xpandai nyanyi.mbr aku ckp aku nyanyi xbukak mulut.kojaq betui..

26. Kereta : viva hitam, kancil silver

27. Bilik yang terang atau gelap : Terang bila main game, gelap terus nk tdo, malap2 xmo, nnt mata rosak huhuhuhu [sama cm rubi]

28. Makanan jepun adalah : makanan yg blum aku try lagi.aku mkn nasik ngn ulam dan sambal belacan ja.

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : haha..

30. Siapa yang anda tag :maksu,usna,momot,adamokhtar,asoh

4 Comments | Tags:

Longgar syarat ambil guru lelaki

Nisbah pendidik agak membimbangkan

LANGKAWI: Kementerian Pelajaran akan mencari kaedah terbaik, termasuk kemungkinan memberi sedikit kelonggaran dalam pengambilan guru lelaki sebagai langkah menarik minat golongan itu menyertai profesion perguruan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, jika langkah itu dilaksanakan, tempoh kursus yang perlu dihadiri mereka mungkin akan dilanjutkan atau ditambah bagi mengelak kelayakan dimiliki guru lelaki dipersoalkan…[baca cite penuh kat cni]

p/s - kekurangan guru lelaki?salah sapa?bila aku mintak hgpa dok reject app aku..dok amik pompuan ja.salahkan org yg dok interview tu la.tak profesional lgsg..

Blog Widget by LinkWithin
3 Comments | Tags: , , , , ,