misi klinik bj ungu - nk mc ke?
saya - ya mc satu hari
misi klinik bj ungu - form bpe?skolah mane?
saya - saya bukan student,saya cikgu,adik tgk la IC tu.ni haa,tulis nama skola ni.
misi klinik bj ungu - owh..maaf yer.
misi jalan tersipu2 pegi mendapatkan siggy dari doc.
[damm,apela malang daku hari ini]

2hari yg lepas demam,hari ni migrain plak. penangan kerja yg bertalu² serta DEADline yg begitu byk dan ditambah pulak dengan kerja² di skola.akibat dari itu aku MC la arini.sek baik ada adik aku yg sudi bwk aku pusing satu pekan cari klinik yg bukak awai pagi.satu kulim pusing mencari..last2 ada jugak yg bukak awai.
aku kena migrain level bpe tah.tp bukan migrain yg besa2 la aku kene.kene sebelah kiri.sampai rasa sakit abis gigi²ku ini.tp xteruk sgt la.cuma da kena start berpantang..NESCAFE jgn minum yer encik.JGN TIDO LEWAT..KURANGKAN KERJA LEBIH MASA.damm aku merasakan satu kerugian.tp xpa,cik misi saya pn soh berbuat demikian.apa lagi tah doc tu mepek.aku pn da lupa..
blk umah,aku google sat pasal migrain ni.meh nk share kat sini.
MIGRAIN
Pengenalan Penyakit
-Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ - sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala
p/s - rest laa arini k.sok lusa maseh ada.artikel diatas dikutip dari cni

























January 26th, 2010 at 12:47 am
orang migrain mmg kene byk rehat, en.flip…
jgn pakse2 badan tu, makin teruk nnt..
jaga diri ye cikgu flip! semoga cepat sembuh!
January 27th, 2010 at 11:14 am
ciannya enFlip..dh sehat lom nih?
mkn ubt ye..
** akak migrain tanpa aura..
January 28th, 2010 at 10:10 am
br ok sket ni..tp still rase2 bahang gak bile kene panas.mekasih kama n kak ina
February 2nd, 2010 at 6:51 pm
tq 4 da all information
February 8th, 2010 at 4:11 pm
T.CARE URSELF HEARY…