yesterdayrising

design no limit

RSS
people

KPLI dan DPLI

kp?dp?haha..isu basi..tp seronok gak klau cite2 blk mende2 ni..nyway aku ade grab this article dari web KPM through group DPLI kat fb.jom kite bace sama2


[klik pada image untuk saiz sebenar]

ade 3keratan yg aku bace.aku pun sbnarnye cm penulis2 kat atas tu gak.tertnya2 cne la kriteria2 yg diorg nak untuk jadi org yg bernama “guru” nih.aku tak menyebelahi mana² pihak,tp setiap pihak mempunyai alasan sendiri dalam kepalaotak mereka. kan bagus klau everytime they select untuk kpli intake,btaw sesiap kriteria2 cmni.so yg tak berkenaan xyah la tertunggu2 nk mintak.ape la susah sgt kan.bg aku,xsalah kiranya if kite state siap2 candidate cne yg kite nak.so yg xseswai xyah mintak.dan diorg pun xde la tertunggu@ ternanti2 cm yg ade skrg nih. klau dulu ape kriteria diorg nak eh?konfius jap..

calon perlulah berpengalaman sebagai gstt.OK now aku da gstt pn 1 thn lagi.kte wait n see cne.ape pulak kriteria diorg nti.klau betul2 nk tapis,biarla dari akar umbi.tak pn dari permulaan keluaran kpli@dpli.aku nengok peratusan kebarangkalian yg menjawat sebagai guru ni bukan adalah kerana minat.Ia lebih terdorong kepada cara utk “playsafe” dalam kegawatan ekonomi sekarang ni plus boleh mendapat byk benefit dari ctu.hurmm.ini cuma pendapat aku ajela.aku tgk guru2 time aku skola redah@menengah dlu ngaja mmg bersungguh².ade komitmen.ade tanggungjawab.tp sekarang?mungkin ada tp xramai la..kemana hilang kredibiliti serta komitmen guru² sekarang nih?sebagai seorg pendidik,kita xperlulah menyalahkan murid@pelajar sebagai alasan untuk kita katakan yang kita ni tidak seanding dengan guru² dlu.sebaliknya ambik la inisiatif ditambah dengan kemajuan ict skrg nih,mcm2 cara bule digunakan sbg bbm untuk pnp.

kepada yg berjaya melepasi kriteria pemilihan memasuki program Dpli@Kpli.bersyukur la yer.sbb korang ada KRITERIA yg diorg nak tuu.kerana ribuan lg diluar sana yg masih menaruh harapan utk memasuki program ini.klau rasa nk amik langkah mudah untuk menjamin masa depan,better pk² la sejenak betapa ramai kat luar sana yg lagi bagus dari anda yg dipilih sebab memenuhi kriteria tu je.tp hakikatnye?nothing beb.

jadi entry ni aku tujukan khas buat kpli’s and dpli’s ppl out there..hargaila ape yang ada.juz nk ckp korang xde la bgs sgt kan compare others but u r the choosen one n u r lucky.so bekerja la sungguh².bekerja dengan sepenuh hati,seikhlas mungkin.jgn cerewet sgt.jgn memilih.jgn dok pk psl nk kawen la,nk buat bisnes la,nk bli kete la,rumah la,nk buat loan la,nk tuka skola la sbb nk ikut husband la,itu la ini la.aku pun pening.haha.jadi gstt dok diam je.xley nk ckp byk.sbb kami ni sapa la kan.silap hari bulan kene kick!.aku bukan nk kutuk ke nk kondem korang,tp aku cuba untuk menaikkan semangat berjuang demi anak2 bangsa kita di arus pemodenan skrg.sapa lagi klau bukan kita generasi baru yg bakal memangku guru2 lama kita.but they all mmg roxx!! Tunjukkan profesionalisme sebagai seorang guru.kurangkan kontroversi.tingkatkan prestasi.

p/s - tunggu ajela kot2 ade intake baru ke.aku ni mintak seni,deg multimedia?ikut kriteria ke?rasa cm nk jadi designer blk..haha..

2 Comments | Tags: , , , , , ,

Pengambilan Guru Dibekukan (Duit Takde!!)

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

p/s - ape kes?salah sapa ney?haha..tu la dlu amik cikgu mencanak2..amik plak men borong ja.tak pilih betui2.la ni tanggung la sendiri.tgk la bpe byk guru2 yang “berkualiti” yang korang pilih.sampaikan ada guru2 lama dok ckp,cikgu2 baru ni keja men lepas tangan ja.bagi keja byk pun da bekedut muka.aku tak nafikan.memang betui.yang dok ada gstt ni melambak2 hgpa nk lempaq mana?bek serap gstt jadi cikgu tetap lagi baguih.diorg ni lagi mau keje dari korang yang dpt kpli la dpli la tp keje hampeh.sorry to say that sbb mmg itu yang aku nampak.so klau xnk org ckp cmtu korang2 yang berjawatan tetap ni tolong la wat ape yang telah diamanahkan tu.jgn memain.klau rasa xley nk lakukan tanggungjawab tu,benti ja.keje tempat len.jgn tutup pintu rezeki org len yang berlumba2 nk msk yang lebih bertanggungjawab dan berkebolehan..trust me,pendidik ni besar tanggungjawabnya.klau rasa juz nk lepaskan diri je ngn keadaan ekonomi semasa n bla bla,bek xyahla.anda telah merosakkan masa depan anak2 bangsa kita.

artikel ini diambil dari cni

Blog Widget by LinkWithin
5 Comments | Tags: , , , ,