
LONDON: Kapten Liverpool, Steven Gerrard antara enam lelaki ditahan semalam selepas berlaku pergaduhan di sebuah bar di Southport.
Mereka dipercayai menyerang deejay bar terbabit menyebabkannya mengalami kecederaan di muka tetapi tidak serius dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 pagi di Lounge Inn, Merseyside itu.
Jurucakap polis berkata: “Enam lelaki ditahan disyaki terbabit dalam kejadian serangan di Lord Street.
“Lelaki berkenaan empat daripadanya berusia 33, 31, 29 dan 19 tahun dari kawasan Huyton, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Formby dan seorang lagi berusia 18 tahun dari Litherland kini masih berada dalam tahanan polis.
“Seorang lelaki berusia 34 tahun dari Southport dibawa ke hospital kerana kecederaan di muka tetapi dipercayai tidak mengancam nyawanya.”
petikan dari http://www.hmetro.com.my/
lagi berita klik cni
























