yesterdayrising

design no limit

RSS
people

mini gath bebudak 6 intan

aku yang dalam keserabutan ni malas nak layan sangat trus siap2,grab kamera then drive gi sane.sampai sana aku ngn si rosina jer ada.yang lain suma odw. Act diorg sume ni tinggal area2 cni jer tapi masing2 sibuk dengan kerja n study so xberkesempatan nk jumpa..papepn terima kasih kepada hafni yang payung kami sume n dapat contact mbr2 yang datang arini.
Darjah 6 banyak menyimpan kenangan yang xdapat dilupakan.diorg ni act skola kat c2 da lama dah since darjah satu lagi.aku masa tu dari perak masuk sekolah tu time darjah 3.xkenal sesapa lagi.Kat sekolah tu jugak la aku jatuh patah tangan..haha..
Borak2 ngn diorg sampai kering tekak aku..Masing2 suma dah berjaya.Suma engineer belaka..aku sorg jer designer.betapa keciknya aku..yerla kan designer ni ape la sgt..
tadi aku mls gila nk buat keja,so aku test satu software ni, comic life..agak menarik gak..hasil dia ley tgk kat bwh ney.

p/s - sape minat software ni?

2 Comments | Tags: , , , ,

bulan yg penuh seribu makna dan rahmat~

Hi semua..selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal tiba.biasanya jarang untuk aku mencoret apa apa dalam blog aku ni. Rasanya blog ni mungkin tempat yang sesuai untuk berbicara seketika sementara apa yang terlintas untuk aku menulisnya.
Sukar untuk menerima apa yang terjadi sejak kebelakangan ni. Mungkin semua ni dugaan untuk seorang yang macam aku untuk terus berjuang seperti semangat the reds yang sentiasa tak penah pudar dipadang walaupun kehilangan mastermind yang cekap mengemudi jentera serangan mereka.
Lepaskan apa yang telah dipegang dan dijanjikan selama ini tak bermaksud aku meninggalkan semua itu tetapi aku tetap menunggu satu hari dimana hari itu merupakan kemenangan buatku.
Kerana itu mungkin baru menyedari apa yang tersirat seorang yang sukar dijangka seperti aku ini juga mampu memberi kebahagian.
Bebanan kerja yang banyak bukanlah alasan untuk mencari kebahagian lain kerana diri ini sudah menjangkakan semua ni akan berlaku dan aku berhak menanggungnya sendiri. Dan seperti 4tahun dahulu, situasi sama, cerita sama, babak yang sama cuma karakter yang berbeza, aku dapatĀ  menjangkakan semua ini akan berlaku.
Aku tidak layak untuk semua itu.aku hanya berserah dan berharap agar aku ni dipermudahkan segala urusan aku dan dapat menjalankan tugasku dengan lancar. Aku juga berdoa semoga dibukakan hatinya untuk mencari kebahagiaan yang ingin dikecapinya itu.
Cukup dahulu setakat ini rintihan hati kecil ini, ada banyak lagi agenda yang mesti dilaksanakan dan aku tidak boleh membatukan diri semacam ini. Semoga aidilfitri yang bakal tiba ni akan memberi sedikit sinar serta harapan baru termasuklah sokongan dari rakan rakan dikiri dan kanan aku yang sentiasa menyokong rakan mereka ini.

Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul
Allah breaks our heart to makes us whole
Allah sends us pain so we can be stronger
Allah sends us failure so we can be humble
Allah sends us illness so we can take care of ourselves
sometimes ALLAH takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us
ALLAH is almighty great
May ALLAH bless u always

thanks to omot,aldos,sis,teacher

p/s - apa yang aku merepek ni? aku nk tukar theme blog ni.ramai ckp blog aku ni lambat sgt nk load..btul ke?siap ade ckp sampai crash firefox..shit ah cmni..to sham ngn hilmanzaki,aku sedang mencari theme yang sesuai..nti aku tukaq k. Aku hepi coz pasni aku ley bli jersi2 liverpool original sebab da xde carlsberg..

Blog Widget by LinkWithin
3 Comments | Tags: ,